Al Unta

Al Unta
The Wise Traveller

Thursday, December 16, 2010

Siapa Kita Sebenar Nya...

Wahai Ummat Nabi Muhammad SAW...


Wahai Raja Sana Raja Sini...Permaisuri Sana Permaisuri Sini
Wahai President Sana President Sini...Mentri Sana Mentri Sini
Wahai Sir Sana Sir Sini...Billionaire Sana Billionaire Sini...
Wahai Tun Sana Tun Sini...Tan Sri Sana Tan Sri Sini...
Wahai Dato' Sana Dato' Sini...Professor Sana Professor Sini...
Wahai Pahlawan Sana Pahlawan Sini...Tokoh Sana Tokoh Sini
Wahai Boss Sana Boss Sini...Ketua Sana Ketua Sini...
Wahai Tuan Sana Tuan Sini...Puan Sana Puan Sini...
Wahai Hamba Sana Hamba Sini...
Wahai Ummat Nabi Muhammad SAW...
Kita yang amat bangga dengan diri tetapi lupa perkara sebenar nya...
Bila kita masuk ke Kubor...Munkar dan Nakir tidak akan memanggil kita dengan gelaran kebanggaan kita tetapi...Wahai Si pulan...
Ketika itu lah semua gelaran keinginan di dunia terlupa...sudah tak penting lagi, yang penting macam mana nak jawab soalan yang di kemukakan...gagal menjawab akan di pukul dengan pemukul yang tidak dapat di angkat oleh semua manusia...sekali pukul masuk 70 hasta ke dalam bumi...jeritan ahli kubor hanya dapat di dengari oleh semua mahklul kecuali Jin dan Manusia.

Wednesday, December 15, 2010

Wahai Insan

Wahai diri ku yang leka ini dan ku menjemput semua Insan...

Wahai hamba hamba Allah...kita semua hanya la ciptaan yang maha Esa...kita yang tidak berdaya upaya. Kita hanya satu daripada ciptaan ciptaan Allah SWT. Ketahui lah bahawa banyak yang kita tidak ketahui...dan memang tidak akan ketahui sebab kita tiada daya upaya untok mengetahui. Namun ketahui lah bahawa Allah SWT itu Rab sekelian alam...raja pada segala kerajaan. Kenal lah pada Allah yang maha agung dari ciptaan ciptaan nya.

Mengapa kita sombong dan rasa bahawa kita pandai...mengetahui dan berkebolehan...sesunggohnya segala apa yang berlaku dan apa yang kita capai hanya la dengan izin Allah...berapa banyak lagi yang dia tidak izin kita mencapai. Tidak kah kita ketahui yang kita akn di persoalkan? Aaahhh memang lah kita ni bodoh sombong.

Bila sudah di cabut roh kita baru lah menyesal...ketika itu baru di ketahui berapa malang nasib kita melainkan kita telah menghambakan diri sebagaimana yang di kehendaki Allah dan bukan apa yang di kehendaki oleh pemikiran kita. Kita bawa kehidupan yang Allah kehendaki dan bukan nafsu atau perasaan kita. Wahai insan selagi nyawa bersama dengan kita...mari lah kita bertaubat dan bergerak ke jalan yang benar.

Kehidupan saperti yang di bawa oleh mereka yang berjaya di sisi Allah.

MAUT ITU HAMPIR

Sesunggohnya tiada yang pasti di dalam dunia yang sementara ini hanya MAUT.

Esok belum pasti bahkan saya yang menulis ini belum pasti dapat habiskan tulisan saya. Makanan di dalam tangan belum pasti dapat di suapkan ke dalam mulut. Kekayaan di dalam gengaman belum pasti dapat di nikmati atau memenuhkan hasrat yang di citai. Kerisauan mengenai masaalah belum pasti nya terjadi. Kerana maut menakhiri segala nya. Ini lah kenyataan sebenar nya...tapi yang aneh sekali Manusia yang mengaku diri nya Bijak tapi tidak terfikir tentang kenyataan ini. Mungkin kerana leka dengan dunia sementara. Bahkan hampir kesemua manusia hanya terkejar kejar bayangan dunia yang di jadikan impian kehidupan. Sayang sekali usaha demi usaha tidak juga kecapaian jika tidak di izin oleh Pemilik sekelian Alam...Pencipta segala galanya ciptaan yang kita ketahui atau tidak diketahui.


Wahai diriku yang Bodoh...banyak masa mu telah berlalu dan tidak dapat di kembalikan lagi...tidak kah engkau ingin mengunakan baki masa jika ada lagi untok mencari kejayaan yang kekal. Tidak kah engkau ingin mencari keredhaan Pencipta mu yang memiliki diri mu. Tahu kah engkau apa yang menunggu mu selepas nya Maut? Bagi yang Bijak mereka takut dan mengunakan Masa dengan sebijak nya untok mendapat kejayaan akhirat yang kekal abadi.


Adakah kamu sudah sedia menghadapi MAUT? Adakah kamu sudah sedia menjawab kepada yang Maha ESA di hari pengadilan? Atau kamu tidak ada Ilmu mengenai kehidupan sebenarnya. Phd demi Phd...Masters demi Masters tidak benilai jika tiada ilmu kehidupan sebenarnya. Tiada ada guna nya jadi pakar dalam ilmu keduniaan yang tiada nilai jika tidak tahu mengenai kebenaran selepas nya Maut.


FIKIR LAH DAN BUAT LAH KEPUTUSAN.