Al Unta

Al Unta
The Wise Traveller

Wednesday, December 15, 2010

MAUT ITU HAMPIR

Sesunggohnya tiada yang pasti di dalam dunia yang sementara ini hanya MAUT.

Esok belum pasti bahkan saya yang menulis ini belum pasti dapat habiskan tulisan saya. Makanan di dalam tangan belum pasti dapat di suapkan ke dalam mulut. Kekayaan di dalam gengaman belum pasti dapat di nikmati atau memenuhkan hasrat yang di citai. Kerisauan mengenai masaalah belum pasti nya terjadi. Kerana maut menakhiri segala nya. Ini lah kenyataan sebenar nya...tapi yang aneh sekali Manusia yang mengaku diri nya Bijak tapi tidak terfikir tentang kenyataan ini. Mungkin kerana leka dengan dunia sementara. Bahkan hampir kesemua manusia hanya terkejar kejar bayangan dunia yang di jadikan impian kehidupan. Sayang sekali usaha demi usaha tidak juga kecapaian jika tidak di izin oleh Pemilik sekelian Alam...Pencipta segala galanya ciptaan yang kita ketahui atau tidak diketahui.


Wahai diriku yang Bodoh...banyak masa mu telah berlalu dan tidak dapat di kembalikan lagi...tidak kah engkau ingin mengunakan baki masa jika ada lagi untok mencari kejayaan yang kekal. Tidak kah engkau ingin mencari keredhaan Pencipta mu yang memiliki diri mu. Tahu kah engkau apa yang menunggu mu selepas nya Maut? Bagi yang Bijak mereka takut dan mengunakan Masa dengan sebijak nya untok mendapat kejayaan akhirat yang kekal abadi.


Adakah kamu sudah sedia menghadapi MAUT? Adakah kamu sudah sedia menjawab kepada yang Maha ESA di hari pengadilan? Atau kamu tidak ada Ilmu mengenai kehidupan sebenarnya. Phd demi Phd...Masters demi Masters tidak benilai jika tiada ilmu kehidupan sebenarnya. Tiada ada guna nya jadi pakar dalam ilmu keduniaan yang tiada nilai jika tidak tahu mengenai kebenaran selepas nya Maut.


FIKIR LAH DAN BUAT LAH KEPUTUSAN. 



No comments:

Post a Comment